Tamadun Indus wujud antara
tahun 2500-1800 S.M.Selepas tempoh ini tamadun Indus telah mengalami
keruntuhan. Hal ini dikaitkan dengan kedatangan orang Aryan yang telah membawa
satu budaya dan tahap baru kepada masyarakat Lembah Indus.Tahap ini dikenali
sebagai Zaman Vedik. Zaman Vedik merupakan permulaan kehidupan beragama bagi
masyarakat tersebut kerana pada zaman itulah lahirnya agama Hindu. Setalah
beberapa ketika bertapak di Lembah Indus, menjelang abad ketujuh Sebelum Masihi
perhatian masyarakat tersebut beralih ke Lembah Ganges.
Pada
zaman ini terdapat golongan pemerintah yang terdiri daripada golongan
raja.Terdapat dua bentuk kerajaan, iaitu janapada atau kerajaan kecil dan
mahajanapada atau kerajaan besar. Di bawah pemerintahan Chandragupta Maurya,
kerajaan-kerajaan kecil ini telah disatukan. Pada tahun 321 S.M. telah lahir
empayar yang pertama di India. Ini berlaku semasa pemerintahan Dinasti Maurya
apabila seluruh India uatara telah disatukan. Dinasti ini mencapai kemuncak
kegemilangan pada ketika pemerintahan Asoka.
No comments:
Post a Comment